Abah pergi selama-lamanya meninggalkan kami.
Ini cerita sedih, tiada manusia hatta si gila, yang merasa gembira.
Pasti dan pasti, semua yang hidup akan melaluinya, kehilangan mereka yang tersayang. Saat Rasulillah kehilangan Ibrahim, teresak-esak tangisnya.
Begitu juga, Tahun Huzn (Kesedihan), Ummahat Al Mukmineen Khadijah dan bapa saudara yang wafat dalam jangka masa yang dekat, meninggalkan Baginda.
Bagai burung patah sayapnya.
Tetapi, ini dunia tiada yang kekal. Dunia ini tidak permanent.
Bermakna, di sana nanti ada suatu tempat yang kekal. Kerana, kita di ciptakan bukan sia-sia.
Lalu, sebagai Musafeer, perlu ada bekalan. Supaya selamat sampai ke destinasi impian.
Syurga yang di impikan, bukan neraka penuh penyiksaan.
Ya, syurga kenikmatan, dan berbahagialah mereka yang beroleh keredhaan Tuhan.
...
Tutup kisah sedih.
Bukan selamanya kita perlu bersedih.
Semoga ada nafas baru penuh rasa bahagia.
Langkah Musafeer Dunia ini akan di teruskan, dengan harapan di temani Tuhan.
Dan keredhaan-Nya dalam dambaan.
" Wahai jiwa yang tenang, pulanglah kepada Tuhan Mu dengan penuh redha. " Al Fajr : 27 & 28